Halaman

Jumat, 18 Oktober 2013

Macam Diet



Diet masyarakat Cina – Anda perlu makan berbagai makanan yang ‘memanaskan’ badan. Ini termasuklah halia dan tonik tradisional yang dimasak dengan herba. Makanan yang disediakan dengan bahan itu dipercayai dapat memperbaiki pengaliran darah dan menguatkan sendi.

Diet masyarakat Melayu – Anda akan digalakkan memakan ikan segar seperti ikan haruan untuk menyembuhkan bahagian dalaman badan. Sesetengah ikan seperti ikan kembung dan lain-lain makanan laut seperti kerang, udang dan kerang mesti dielakkan kerana ia boleh menyebabkan alahan dan kegatalan.

Diet masyarakat India – Sesetengah sayuran jenis labu seperti lauki dan tori dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu. Daun Sirih juga dapat membantu dalam penyusuan.

sumber : 9BH7NQS8389H

1 komentar: